Wednesday, February 10, 2010

Ingat Tiga Perkara.....

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah saw
bersabda bermaksud:

"Ada tiga perkara yang boleh melepaskan
seseorang itu daripada semua bahaya di dunia dan
akhirat. Dan ada tiga perkara juga yang boleh
menjauhkan seseorang itu daripada perkara yang
membinasakan dan tiga perkara lagi yang boleh
meninggikan darjat seseorang itu di sisi Allah."

Tiga perkara yang melepaskan seseorang daripada
bahaya itu ialah:

* Takut kepada Allah zahir dan batin pada waktu
ramai dan sunyi.
* Pertengahan pada sesuatu seperti antara waktu
papa dan kaya.
* Berbuat adil pada waktu suka dan marah.

Tiga perkara yang melepaskan seseorang daripada
kebinasaan ialah:

* Jangan bersifat terlalu kedekut
* Jangan mengikut hawa nafsu
* Jangan melakukan perbuatan syirik kepada Allah
selama-lamanya.

Tiga perkara yang meninggikan darjat ialah:

* Memulakan dengan salam
* Selalu memberi makan orang yang berhajat.
* Sembahyang pada waktu malam seperti
sembahyang tahajud

Tiga perkara menghapuskan dosa ialah:

* Merata atau melebihkan basuh pada seluruh
anggota wuduk
* Sentiasa bercampur jemaah Islam
* Menunggu untuk solat berjemaah, selepas itu
terus sama-sama berjemaah

No comments:

Post a Comment